Wednesday, May 13, 2009

Farhana

kehadiranmu membahagiakan ayah ibu
tawa senyum mu menghilangkan gundah gulana
tak sukar untuk mendidikmu
matang dan faham keadaan semasa
ada mu membuatkan harian ibu ceria
hilang penat kerna kerjasama mu
namun....
ketika kehadiranmu amat diperlukan
kau pergi lagi meninggalkan ibu
adik tercari-cari
kerna terbiasa dengan kelibatmu
mula terasa rindu walaupun baru seketika terpisah
mula terasa lesu
walaupun ku tahu
kau perlu meneruskan perjalanan hidup mu
ibu reda sayang
pergimu demi cita-cita sejati
memenuhi impian diri dan famili
kepulanganmu akan ku tunggu
dengan kejayaan yang menggunung
langkah pertama mu membawa kejayaan
langkah seterusmu mengharapakan hasil lumayan
berjuanglah sayang
semoga Allah meretui mu
pulang dengan kejayaan
pulang dengan kemenangan.

No comments:

Post a Comment